"MDQ Rusila masih memerlukan RM 500,000 segera bagi menyiapkan bumbung dewan besar,selebihnya akan digunakan bagi menampung kos pengurusan & kebajikan.."



PERTENGAHAN TAHUN 2021, dunia masih berdepan dengan kegelisahan wabak COVID-19 dan mengubah cara hidup sekalian manusia supaya mengamalkan norma baharu. Walaupun dalam kegelisahan, alhamdulillah kita baru sahaja melepasi madrasah yang sangat mulia buat umat Islam iaitu Madrasah Ramadan. 


Mudah-mudahan kita mendoakan agar Ramadan ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam catatan amal kehidupan kita dan dapat kita optimumkan ruang dan peluang untuk memperbanyakkan amal walau hidup dalam norma baharu.


SEJARAH PENUBUHAN

Maahad Darul Quran yang terletak di Kampung Rusila, Terengganu merupakan sebuah madrasah yang ditubuhkan hasil daripada perjuangan pelajar-pelajar Al-Azhar yang menginginkan pendidikan Islam terbela daripada sebarang anasir sekular. Salah seorang pelajar al-Azhar yang menjadi tonggak kepada penubuhan MDQ adalah ulama yang tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Harapan pengasas Maahad Darul Quran, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


Penubuhannya bermula sebagai sebuah Masjid Rusila yang semakin mendapat tempat oleh masyarakat dengan pengisian kuliah agama. Kini MDQ semakin dikenali penduduk dan tidak lupa juga kerana kejayaannya dalam melahirkan produk graduan berkualiti.


Pertambahan pelajar dari tahun ke tahun telah memutuskan agar pihak sekolah membina bangunan baru untuk keselesaan pelajar menuntut ilmu agama di sini.

MDQ, Rusila kini dalam usaha mengumpul dana untuk menyiapkan bangunan besar.

Ramadan ini, Maahad Darul Quran memerlukan sebanyak RM 1 JUTA bagi membiayai kos pembinaan dan kos operasi Kompleks Pendidikan Maahad Darul Quran, Rusila.




 KEPERLUAN UTAMA BAGI MENYIAPKAN PEMBINAAN BUMBUNG DEWAN MDQ 



Buat pengetahuan semua penyumbang, pihak MDQ masih lagi mengumpul dana  bagi membiayai kos pembinaan bumbung dewan utama Kompleks Pendidikan Maahad Darul Quran sebanyak RM 500,000.


PERKEMBANGAN SEMASA PEMBINAAN MAAHAD DARUL QURAN


Bangunan yang kelihatan hampir siap, namun untuk menyiapkannya 100%, pihak MDQ, Rusila amat mengharapkan sumbangan semua.

 


Masih banyak pembinaan yang tertangguh dan memerlukan sumbangan dari semua penyumbang.



Buruh binaan bersungguh-sungguh menyiapkan bangunan walaupun dalam bulan Ramadan kerana amanah atas sumbangan anda semua.



Pembinaan yang tertangguh atas sebab dana yang belum mencukupi.



Keadaan bangunan yang agak tidak selesa yang memerlukan penambahbaikan segera.


IN SYA ALLAH, sumbangan dari anda semua amat membantu pihak MDQ, Rusila untuk menyiapkan kompleks ini. Di mana mampu memberikan keselesaan buat anak-anak maahad menuntut ilmu ukhrawi dan menghafal Al-Quran. Tidak lupa juga, di sini bakal lahirnya pemimpin islam. 


DANA KOS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MAAHAD DARUL QURAN


Sebanyak RM500,000 selebihnya akan digunakan bagi membiayai untuk kos pengurusan dan pentadbiran Maahad Darul Quran, Rusila. Ramadan kali ini, walaupun masih dikekang dengan wabak pandemik COVID-19, alhamdulillah kelas pengajian sudah boleh berjalan seperti biasa.


Di sini, guru-guru, tenaga pengajar dan kakitangan tidak lupa menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, maka gaji guru dan kakitangan perlu dibayar setiap bulan. Maahad Darul Quran, Rusila mempunyai 117 orang kakitangan dan 1,200 orang pelajar.


Namun begitu, ada di antara ibu bapa yang tidak dapat membuat bayaran yuran berikutan situasi semasa COVID-19 menyebabkan pihak kami kekurangan kewangan. Hal ini kerana MDQ bergantung sepenuhnya dengan yuran pelajar bagi membiayai kos pengurusan dan pentadbiran.



Anak-anak pelajar MDQ, Rusila sedang menuntut ilmu di dalam kelas pengajian mereka.




Alhamdulillah, wajah anak-anak pelajar Maahad Darul Quran, Rusila tersenyum bahagia kerana berjaya menamatkan pengajian di sini.


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM,

Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:

 

NAMA BANK: BANK RAKYAT

NO AKAUN: 1114 3100 7161

NAMA AKAUN: PEMBANGUNAN MAAHAD DARUL QURAN

 

Letakkan reference "MDQ21" untuk mudahkan pihak kami mengagihkan dana yang tuan/puan sumbangkan.


Maklumat tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  Ustaz Mat Saril Jusoh di talian +60145083372.

PIHAK MDQ, RUSILA JUGA MENAWARKAN PAKEJ SUMBANGAN SERENDAH RM10 & PAKEJ SEPERTI DI BAWAH SEMPENA BULAN RAMADAN INI.

**Setiap lot bernilai RM 20 dan selebihnya akan diinfaq kepada tabung sumbangan dana untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran Maahad Darul Quran, Rusila.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
INFAQ & WAKAF 5 LOT = RM200
INFAQ & WAKAF 3 LOT = RM100
INFAQ & WAKAF 2 LOT = RM50
INFAQ & WAKAF 1 LOT = RM20
SEIKHLAS HATI (RM10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

Maahad Darul Quran, Rusila PPM-018-04-17052019
darulquranrusila@gmail.com
Ada Soalan? Tekan Ni